Skip to main content

Dunia

PRN Johor: Agong terima menghadap Zahid Hamidi, Onn Hafiz

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Pengerusi Barisan Nasional (BN) Ahmad Zahid Hamidi di Istana Pasir Pelangi di Johor Bahru pada Ahad (12 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
PRN Johor: Agong terima menghadap Zahid Hamidi, Onn Hafiz

Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Pengerusi Barisan Nasional (BN), Ahmad Zahid, dan Pengerusi BN Johor, Onn Hafiz, pada 12 Julai 2026. (Gambar: Instagram/officialsultanibrahim)

Diterbitkan : 12 Jul 2026 02:08PM
  • Sultan Ibrahim menerima menghadap Ahmad Zahid Hamidi dan Onn Hafiz Ghazi di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru pada 12 Julai.
  • Pertemuan berlangsung hampir sejam selepas kemenangan besar Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri Johor.
  • BN memenangi 48 daripada 56 kerusi DUN, dengan UMNO memperoleh 36, MCA lapan dan MIC empat kerusi.
  • Pembangkang seperti Pakatan Harapan hanya menang lapan kerusi, manakala parti lain termasuk PN, MUDA, ASLI, PSM dan calon Bebas tidak memperoleh sebarang kemenangan.
Dijana oleh AI
JOHOR BAHRU: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Pengerusi Barisan Nasional (BN) Ahmad Zahid Hamidi di Istana Pasir Pelangi di Johor Bahru pada Ahad (12 Jul).

Menurut satu catatan di Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, pertemuan yang berlangsung hampir sejam itu turut dihadiri Pengerusi BN Johor Onn Hafiz Ghazi.

BN meraih kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang diadakan pada Sabtu setelah berjaya memperoleh 48 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang dipertandingkan.

Daripada 48 DUN dimenangi oleh BN pada PRN Johor pada Sabtu, 36 dimenangi calon-calon Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), lapan Persatuan Cina Malaysia (MCA) dan empat Kongres India Malaysia (MIC).

Pakatan Harapan (PH) yang bertanding di kesemua 56 DUN dipertandingkan hanya memenangi lapan DUN manakala Perikatan Nasional (PN), Bersama, Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Parti Orang Asli Malaysia (ASLI), Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Bebas gagal meraih sebarang kemenangan.
Sumber : Bernama/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita