Skip to main content

Dunia

PRN Johor: 172 calon layak bertanding, proses penamaan calon selesai di 56 pusat

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia mengesahkan 172 calon daripada pelbagai parti politik layak bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 selepas proses penamaan calon selesai di 56 pusat penamaan calon pada Sabtu (27 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
PRN Johor: 172 calon layak bertanding, proses penamaan calon selesai di 56 pusat

Ramlan Harun, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya. (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 27 Jun 2026 01:08PM Dikemas Kini : 27 Jun 2026 01:09PM
  • Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia mengesahkan 172 calon dari pelbagai parti layak bertanding pada Pilihan Raya Negeri Johor ke-16.
  • Proses penamaan calon berlangsung di 56 pusat pada 27 Jun, dengan tiada pencalonan ditolak selepas penyerahan ditutup jam 10 pagi.
  • Calon terdiri daripada 138 lelaki dan 34 wanita, dengan pecahan parti utama seperti Barisan Nasional, Pakatan Harapan, Perikatan Nasional, serta calon Bebas.
  • Pertandingan melibatkan 14 kerusi satu lawan satu, 27 kerusi tiga penjuru, 12 kerusi empat penjuru dan tiga kerusi lima penjuru.
Dijana oleh AI
JOHOR BAHRU: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia mengesahkan 172 calon daripada pelbagai parti politik layak bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 selepas proses penamaan calon selesai di 56 pusat penamaan calon pada Sabtu (27 Jun).

Pengerusi SPR Ramlan Harun berkata sebanyak 172 kertas penamaan calon diterima dan disahkan layak bertanding selepas tempoh penyerahan kertas penamaan ditutup pada 10.00 pagi, selain tiada pencalonan ditolak.

“Bilangan calon yang bertanding mengikut jantina ialah 138 calon lelaki dan 34 calon wanita,” katanya pada sidang media pada Sabtu.

Pecahan calon mengikut parti menyaksikan Barisan Nasional dan Pakatan Harapan masing-masing mempertaruhkan 56 orang calon, Perikatan Nasional (33), Parti Bersama Malaysia (15), Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) (empat), Parti Orang Asli Malaysia (Asli) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) masing-masing seorang manakala Bebas (enam).

Encik Ramlan berkata sebanyak 14 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) akan menyaksikan pertembungan satu lawan satu, 27 DUN (tiga penjuru), 12 DUN (empat penjuru) dan tiga DUN (lima penjuru).
Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita