PRN: Agihan kerusi dalam Kerajaan Perpaduan dimuktamadkan hujung Mei
Anggaran Waktu Membaca:

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO Bung Moktar Radin. (Gambar fail: Bernama)
KUALA LUMPUR: Agihan kerusi untuk parti politik dalam Kerajaan Perpaduan bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kedah, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Selangor, Kelantan dan Terengganu akan dimuktamad hujung Mei ini, kata Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO Bung Moktar Radin.
“(Agihan kerusi) belum muktamad dan di peringkat negeri, diminta bincang dan belum diputuskan…,” katanya selepas menghadiri mesyuarat MT parti itu yang dipengerusikan oleh Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, pada sebelah malam Jumaat (26 Mei).
Beliau berkata mesyuarat itu turut membincangkan hala tuju dan perancangan untuk memperkasa parti dalam berhadapan dengan PRN.
Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Kelantan serta Terengganu bakal mencapai tempoh matang dan terbubar secara automatik pada akhir Jun ini manakala Kedah, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang akan terbubar pada Julai serta Ogos.
Suruhanjaya Pilihan Raya sebelum ini menyatakan bahawa PRN di keenam-enam negeri sesuai dilaksana pada Ogos selepas kesemua DUN mencapai tempoh matang.
Seorang lagi Ahli MT UMNO, Dr Mohd Puad Zarkashi, pula berkata mesyuarat turut mendengar penjelasan Ahli Parlimen Pontian Ahmad Maslan berhubung saranan beliau agar ahli parti itu mengundi DAP dalam PRN kali ini.
“Ahmad Maslan beri penjelasan bahawa dia sebenarnya mengajak ahli menyokong calon Kerajaan Perpaduan, itu sahaja… tiada sebut pasal DAP pun… Kita terimalah penjelasan itu. Kita nak Kerajaan Perpaduan kekal hingga cukup penggal,” katanya.

Sumber : Bernama/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.