Skip to main content

Dunia

PRN 2023: PDRM terima 42 laporan kad pengenalan diguna orang lain

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Sebanyak 42 laporan polis diterima di enam negeri yang terlibat dengan Pilihan Raya Negeri (PRN), setakat jam 6.00 petang tadi (12 Ogos) berhubung dakwaan kad pengenalan mereka digunakan oleh orang lain untuk mengundi.

Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata laporan paling banyak diterima di Selangor iaitu 16, diikuti Kedah (sembilan) Pulau Pinang sebanyak (lapan), Terengganu (lima), Negeri Sembilan (tiga), dan Kelantan (satu).

“Kami menjangkakan laporan polis berhubung pemalsuan kad pengenalan akan meningkat selepas tempoh pengundian berakhir 6.00 petang tadi,” katanya dalam sidang media khas PRN di Bukit Aman.

Menurutnya lagi, kes disiasat mengikut Seksyen 7 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 kerana menggunakan kad pengenalan orang lain.

Encik Razarudin menambah, polis turut menerima enam lagi laporan antaranya melibatkan kes peti undi tidak diikat yang berlaku di Pulau Pinang, individu yang tidak berpuas hati jari telunjuk kanannya dicelup dakwat, mencetak kertas undi palsu dan memakai baju berlambang parti politik dalam pusat mengundi.

"Mengenai kotak undi yang tidak diikat, PDRM menyerahkan kes itu kepada Suruhanjaya Pilihan Raya untuk tindakan susulan," katanya.

Dalam pada itu Encik Razarudin turut menyifatkan penyokong parti politik yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri kali ini amat matang dan ini dapat dilihat apabila sepanjang tempoh berkempen dan mengundi dijalankan tiada sebarang laporan polis berkaitan merusuh, mencederakan serta membakar oleh penyokong parti politik.

"Laporan polis yang diterima hanya melibatkan kesalahan pilihan raya dan bukan jenayah."
Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita