Skip to main content

Dunia

PRK Tanjung Piai: BN masih kunci mulut tentang nama calon

Barisan Nasional (BN) masih berteka-teki mengenai calon yang bakal bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai.

Anggaran Waktu Membaca:
PRK Tanjung Piai: BN masih kunci mulut tentang nama calon

Dr Ahmad Zahid Hamidi (berdiri) berucap pada Majlis Pelancaran Jentera BN Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai di Pejabat UMNO Bahagian Pontian pada 28 Okt 2019. (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 29 Oct 2019 11:10AM Dikemas Kini : 29 Oct 2019 11:16AM

PONTIAN: Barisan Nasional (BN) masih berteka-teki mengenai calon yang bakal bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai.

Pengerusi BN, Dr Ahmad Zahid Hamidi, bagaimanapun berkata calon parti tersebut adalah anak tempatan.

"Insya Allah, anak tempatan. Tetapi Datuk Hasni (Pengerusi BN Johor Datuk Ir Hasni Mohammad) mengarahkan saya jangan umum calon hari ini," Dr Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata demikian semasa berucap di majlis pelancaran jentera BN PRK Parlimen Tanjung Piai di Pontian pada Isnin (28 Okt).

Beliau secara berseloroh turut berkata Presiden MCA, Dr Wee Ka Siong turut 'meminta' beliau untuk tidak mengumumkan nama calon BN pada Isnin.

"Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong juga tidak mengalah, bisik pada saya… jangan umum dulu," kata Dr Ahmad Zahid.

Sehubungan itu, beliau memaklumkan akan menyerahkan tugas bagi mengumumkan calon BN berkenaan kepada Encik Hasni, juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, pada waktu yang difikirkan sesuai.

PRK Parlimen Tanjung Piai diadakan berikutan pemergian penyandang kerusi tersebut, Dr Md Farid Md Rafik, 42 tahun, yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, pada 21 September lalu akibat komplikasi jantung.

Allahyarham, yang juga Timbalan Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tanjung Piai, memperolehi 21,255 undi menewaskan Encik Wee Jeck Seng (BN-MCA) dan Encik Nordin Othman (PAS) dengan majoriti 524 undi, pada Pilihan Raya Umum ke-14.

Penamaan calon bagi PRK Tanjung Piai ditetapkan pada Sabtu (2 Nov) ini di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Pontian, manakala hari mengundi pula pada 16 November. 

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita