PRK Parlimen Sandakan: PAS sedia bertanding
PAS Sabah bersedia meletakkan calon untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sandakan akan datang.
Gambar fail Encik Mohd Aminuddin.
SANDAKAN: PAS Sabah bersedia meletakkan calon untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sandakan akan datang.
Pesuruhjaya PAS Sabah Mohd Aminuddin Aling berkata perkara itu diputuskan pada satu mesyuarat PAS Sabah di Kota Kinabalu semalam (1 Apr).
"Walau bagaimanapun, keputusan akhir hanya akan diputuskan selepas berbincang dengan beberapa pihak lain, khususnya PAS Kawasan Sandakan dan anggota parti serta penyokong PAS di Sandakan.
"PAS Sabah beranggapan bahawa dalam konteks demokrasi, ini (bertanding pada PRK Sandakan) adalah masa terbaik untuk PAS bertanding selepas pilihan raya umum lepas,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini (2 Apr).
Kerusi Parlimen Sandakan kosong selepas kematian penyandangnya Encik Stephen Wong Tien Fatt dipercayai akibat serangan jantung pada 28 Mac lepas.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.