Prestasi RM lebih baik akhir 2024, kata StanChart
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: AFP
KUALA LUMPUR: Prestasi ringgit dijangka lebih baik apabila tindakan pelonggaran dasar kadar faedah oleh bank pusat Amerika Syarikat (FED) lebih jelas, demikian menurut Standard Chartered, pada Jumaat (5 Apr).
Ia berkata, pihaknya mempunyai tinjauan jangka sederhana yang positif bagi prestasi mata wang tempatan berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).
Bank itu juga menjangkakan lebihan dagangan komoditi dan elektronik Malaysia akan bertambah baik, manakala deposit mata wang asing (FCY) yang tinggi di dalam negeri akan memberikan rangsangan sebaik saja pasaran mendapat kejelasan mengenai pelonggaran dasar oleh Fed.
"Kami menjangkakan ringgit berbanding dolar AS pada RM4.66 menjelang akhir suku kedua dan RM4.58 menjelang akhir 2024," katanya dalam satu nota penyelidikan.
Standard Chartered juga menyatakan pihaknya pihaknya berpendapat bahawa kerjasama aktif antara Bank Negara Malaysia (BNM) dengan pemegang taruh juga menyokong ringgit.
"BNM berhubung secara aktif dengan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC), pengeksport pemastautin dan korporat untuk menggalakkan penghantaran balik dan penukaran pendapatan pelaburan asing dan lindung nilai aset asing.
"Ia juga sedang giat memantau penukaran hasil eksport. Kami melihat ini sebagai langkah sokongan ringgit yang penting," katanya.

Sumber : Bernama/SU/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.