Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Presiden Zelenskyy undang Xi Jinping lawat Ukraine

Anggaran Waktu Membaca:
Presiden Zelenskyy undang Xi Jinping lawat Ukraine

(Gambar: AFP/ UKRAINIAN PRESIDENTIAL PRESS SERVICE)

KYIV: Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy mengundang Presiden China Xi Jinping untuk melakukan lawatan ke Ukraine, lapor Associated Press pada Rabu (29 Mac).

"Kita sudah bersedia untuk bertemunya di sini," Encik Zelenskyy memberitahu agensi media tersebut dalam satu wawancara.

Encik Xi belum berbicara dengan Encik Zelenskyy sejak Rusia mencerobohi Ukraine pada Februari tahun lalu.

Namun, China menerbitkan pelan damai sebanyak 12 perkara bagi "menghuraikan krisis politik Ukraine' pada bulan lalu.

Encik Xi membincangkan isu tersebut dengan "sahabat karibnya" Presiden Rusia Vladimir Putin semasa lawatannya ke Mosko minggu lalu.
Walau bagaimanapun, rundingan itu tidak menunjukkan kemajuan berkaitan cara untuk menamatkan perang tersebut.

Saranan China termasuk seruan untuk mengurangkan serangan dan konflik yang akhirnya akan membawa kepada genjatan senjata di Ukraine.

Namun, Amerika Syarikat seakan-akan menolak saranan tersebut, disebabkan oleh keengganan China untuk mengutuk Rusia atas pencerobohannya itu.

Menurut Amerika Syarikat, genjatan senjata jika dicapai sekarang akan memberikan masa kepada tentera Encik Putin untuk mengukuhkan semula kedudukannya.

Ukraine mengalu-alukan pelibatan diplomatik China, meskipun Encik Zelenskyy berpendapat bahawa beliau hanya akan menimbangkan huraian damai selepas tentera Rusia mengundurkan diri daripada wilayah-wilayah Ukraine.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan