Presiden Zelenskyy bincang cara jalankan pilihan raya dengan parlimen Ukraine
Anggaran Waktu Membaca:
KYIV: Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy berkata pada Rabu (10 Dis) beliau berbincang dengan parlimen Ukraine tentang isu undang-undang dan perkara lain yang berkaitan dengan kemungkinan mengadakan pilihan raya, dan menggesa negara-negara lain, termasuk Amerika Syarikat, supaya tidak mengenakan tekanan terhadap isu tersebut.
Encik Zelenskyy berkata pada Selasa bahawa beliau bersedia untuk mengadakan pilihan raya dalam masa tiga bulan jika Amerika dan sekutu-sekutu Kyiv yang lain dapat menjamin keselamatan pilihan raya.
Beliau memberi respons sebagai mengulas komen Presiden Amerika Syarikat Donald Trump yang mencadangkan pemerintah Ukraine mempergunakan perang sebagai alasan untuk mengelakkan pilihan raya.
Presiden Zelenskyy, yang berucap menerusi rakaman video setiap malam, berkata beliau mengadakan "perbincangan substantif" dengan ahli parlimen, sambil menambah bahawa beliau tidak akan membenarkan "spekulasi terhadap Ukraine."
"Ia bukan mudah, tetapi tekanan terhadap isu ini pastinya bukan apa yang kita perlukan. Saya menjangkakan ahli parlimen mengemukakan pandangan mereka. Cabaran keselamatan bergantung kepada rakan negara Ukraine, terutamanya Amerika.
"Cabaran politik dan undang-undang mesti dijawab oleh Ukraine. Dan ia akan dijawab," kata Encik Zelenskyy.
Pilihan raya pada masa perang dilarang undang-undang tetapi Encik Zelenskyy, yang penggalnya tamat tahun lalu, menghadapi tekanan baharu daripada Encik Trump untuk mengadakan pilihan raya.
Presiden Rusia Vladimir Putin sudah lama mengecam Encik Zelenskyy sebagai rakan rundingan "tidak sah" kerana gagal mengadakan pilihan raya.
Ukraine sedang mendapatkan jaminan keselamatan yang kukuh daripada sekutunya sebagai sebahagian daripada perjanjian untuk menamatkan perang, yang kini hampir memasuki tahun keempatnya.
Encik Zelenskyy dan pegawai lain menolak idea untuk mengadakan pilihan raya dengan serangan udara Rusia yang kerap berlaku di merata negara, hampir sejuta tentera di barisan hadapan dan berjuta-juta lagi rakyat Ukraine kehilangan tempat tinggal.

Sumber : Reuters/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.