Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Presiden Yoon tolak peletakan jawatan Ketua Turus Tentera

Anggaran Waktu Membaca:
Presiden Yoon tolak peletakan jawatan Ketua Turus Tentera

(Gambar fail: STR / YONHAP / AFP)

Diterbitkan : 05 Dec 2024 11:44PM Dikemas Kini : 06 Dec 2024 12:33AM
SEOUL: Ketua Turus Angkatan Tentera Korea Selatan Jeneral Park An-su pada Khamis (5 Dis) berkata beliau telah mengemukakan surat peletakan jawatannya kepada mantan Menteri Pertahanan Kim Yong-hyun berhubung perisytiharan undang-undang tentera oleh Presiden Yoon Suk Yeol, namun presiden menolak tawarannya.

Menurut Agensi Berita Yonhap, Encik Park telah dinamakan untuk mengetuai pemerintahan tentera yang bersifat sementara susulan perisytiharan secara mengejut Presiden Yoon pada Selasa malam sebelum beliau menarik balik keputusan itu beberapa jam kemudian apabila Parlimen yang dikuasai oleh pihak pembangkang mengundi untuk menolaknya.

Encik Park mendedahkan perkara itu semasa sesi tergempar Jawatankuasa Pertahanan Parlimen, dengan menyatakan bahawa beliau menawarkan untuk meletakkan jawatan pada hari sebelumnya.

Namun, Presiden Yoon menolak tawaran peletakan jawatan Encik Park dengan alasan situasi keselamatan, menurut Pejabat Presiden.

"Presiden Yoon menekankan keperluan untuk operasi ketenteraan yang stabil berikutan situasi keselamatan yang serius dan menggesa Ketua Turus Angkatan Tentera untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada tugasnya," kata seorang pegawai kanan presiden.
Sumber : Bernama/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan