Presiden Yoon sedia terima keputusan mahkamah meski perlu letak jawatan
Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol akan menerima keputusan Mahkamah Perlembagaan yang membicarakan mengenai kes pendakwaannya.
Anggaran Waktu Membaca:
SEOUL: Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol akan menerima keputusan Mahkamah Perlembagaan yang membicarakan mengenai kes pendakwaannya.
Ini walaupun keputusan itu menyingkirkan beliau daripada jawatan, kata peguam Presiden Yoon pada Khamis (9 Jan).
"Jika keputusannya adalah 'penyingkirannya', ia tidak boleh tidak diterima," kata peguam Presiden Yoon, Yoon Kab-keun di sidang media.
Keputusan mahkamah itu, iaitu salah satu daripada dua mahkamah tertinggi di negara itu di samping Mahkamah Agung, tidak boleh dikemukakan rayuan.
Presiden Yoon sebelum ini enggan mematuhi permintaan mahkamah untuk mengemukakan dokumen perundangan sebelum perbicaraan bermula pada 27 Disember lalu.
Namun, peguamnya mengatakan bahawa Presiden Yoon lebih bersedia hadir secara peribadi untuk mempertahankan kesnya.

Sumber : Reuters/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.