Presiden Yoon enggan beri keterangan semasa disoal siasat
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar fail: Handout / South Korean Presidential Office via Yonhap / AFP)
SEOUL: Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol dilaporkan enggan memberi keterangan semasa sesi soal siasat pada Rabu (15 Jan), lapor Agensi Berita Yonhap.
Penahanan Encik Yoon berlaku selepas beberapa peristiwa dramatik ketika beliau mengabaikan pelbagai permintaan pihak berkuasa untuk hadir, sehingga membawa kepada penahanannya atas tuduhan mengetuai pemberontakan.
Tuduhan itu mengenepikan kekebalan presiden daripada pendakwaan, sekali gus mencetuskan peningkatan ketara krisis politik menyusuli percubaannya untuk menguatkuasakan undang-undang tentera pada Disember lalu.
Tarikh 15 Januari menandakan 43 hari sejak cadangan undang-undang tentera Yoon mencetuskan kekacauan politik.
Kegagalannya mematuhi tiga arahan untuk hadir bagi siasatan lanjut hanya meningkatkan konfrontasi dengan pihak berkuasa.
Awal bulan ini, cubaan pertama untuk menahan Yoon digagalkan selepas berlakunya konfrontasi selama berjam-jam dengan Pasukan Keselamatan Presiden pada 3 Januari.
Pada 11 pagi Rabu, Encik Yoon dibawa ke Pejabat Siasatan Rasuah bagi Pegawai Berpangkat Tinggi (CIO) di Gwacheon untuk disoal siasat, namun beliau enggan memberi keterangan semasa sesi terbabit.
CIO mempunyai masa 48 jam untuk memutuskan sama ada akan memohon waran tangkap daripada mahkamah terhadap Encik Yoon.
Dalam mesej video yang dirakam lebih awal, Encik Yoon menyuarakan kebimbangan mengenai runtuhnya kedaulatan undang-undang di negara itu, sambil berkata beliau bersetuju untuk hadir bagi mengelak konfrontasi ganas antara pasukan keselamatannya dan pihak berkuasa.
“Walaupun ini adalah siasatan yang tidak sah, saya memutuskan untuk patuh demi mengelakkan pertumpahan darah yang tidak diingini,” katanya.
Pasukan guaman Encik Yoon mencabar kesahihan waran tangkap itu, dengan mendakwa ia dikeluarkan oleh mahkamah yang tidak mempunyai bidang kuasa yang tepat dan mempertikaikan kuasa sah pasukan penyiasat.

Sumber : Bernama/IM/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.