Presiden Xi tulis surat terima kasih kepada Bill Gates kerana bantu perangi COVID-19
Presiden China, Xi Jinping mengutus sepucuk surat mengucapkan terima kasih kepada Yayasan Bill dan Melinda Gates di atas "kemurahan hati" pertubuhan itu membantu dan menyokong usaha membendung COVID-19. Demikian menurut agensi berita Xinhua pada Sabtu (22 Feb).
Yayasan Bill dan Melinda Gates menyumbang AS$100 juta sebagai tindak balas global terhadap penularan virus tersebut. (Gambar: Ludovic Marin/AFP)
BEIJING: Presiden China, Xi Jinping mengutus sepucuk surat mengucapkan terima kasih kepada Yayasan Bill dan Melinda Gates di atas "kemurahan hati" pertubuhan itu membantu dan menyokong usaha membendung COVID-19. Demikian menurut agensi berita Xinhua pada Sabtu (22 Feb).
Penularan virus COVID-19 sudah meragut lebih 2,340 nyawa di tanah besar China dan menjangkiti lebih 76,000 individu. Kes-kes virus itu turut dilaporkan di lebih 25 negara lain.
Awal bulan ini, Yayasan Bill dan Melinda Gates menyumbang AS$100 juta (S$140 juta) sebagai tindak balas global terhadap penularan virus tersebut.
“Saya amat menghargai sifat murah hati Yayasan Bill dan Melinda Gates dan surat menyampaikan sikap bersatu hati anda terhadap rakyat China ketika kami berdepan tempoh genting ini," menurut Encik Xi dalam surat tersebut.
China ketika ini berada dalam "situasi yang kritikal" bagi melawan penularan virus itu, menurut beliau.
Berjuta-juta orang dikuarantin di Hubei, wilayah tengah China - kawasan di mana virus itu mula muncul pada Disember. Ini meskipun terdapat beberapa kelompok baru virus itu dikesan di beberapa penjara dan hospital pada Jumaat.
Menurut Encik Xi, pelbagai usaha dilakukan di seluruh negara bagi membendung wabak terbabit dan merawat mereka yang dijangkiti.
“Langkah luar biasa yang dilakukan setakat ini memberikan hasil yang ketara,” katanya.
Yayasan Bill dan Melinda Gates dilaporkan menyatakan, dana yang disumbangkan organisasi itu akan digunakan bagi mengesan dan merawat serta mencari vaksin bagi melawan ancaman virus tersebut.
Yayasan itu menyatakan bahawa AS$20 juta (S$28 juta) akan disalurkan kepada organisasi seperti Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Pusat Perlindungan dan Kawalan Penyakit Berjangkit Amerika Syarikat (AS), Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China serta Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit China.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.