Presiden Xi suarakan kesediaan bekerja dengan Amerika untuk galak hubungan stabil

Presiden Amerika Joe Biden (kanan) dan Presiden China Xi Jinping (kiri) bertemu di luar sidang G20 di Nusa Dua, Bali pada 14 Nov 2022. (Gambar: SAUL LOEB / AFP)
Encik Xi dan Encik Biden telah bertemu empat mata di San Francisco pada November lalu, di mana mereka berikrar untuk mempertingkatkan perhubungan dalam usaha untuk menghentikan persaingan tersebut daripada bertukar menjadi sebuah konflik.
Dalam pertukaran ucapan sempena ulang tahun ke-45 penubuhan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara, Encik Xi menarik perhatian bahawa kedua-dua pihak seharusnya "mengambil tindakan praktikal untuk menggalakkan pembangunan yang stabil, sihat dan mampan dalam hubungan China-Amerika".
"Xi Jinping menekankan, saya bersedia untuk bekerja dengan Presiden Biden untuk terus menangani hubungan China-Amerika, memanfaatkan kedua-dua China dan Amerika Syarikat dan rakyatnya, dan menggalak keamanan dan pembangunan sejagat," lapor penyiar negara CCTV.
Encik Xi menambah bahawa "mematuhi sikap saling hormat-menghormati, kewujudan bersama secara aman, dan kerjasama yang saling memanfaatkan antara satu sama lain adalah cara yang betul untuk China dan Amerika Syarikat berinteraksi", kata CCTV.
Encik Xi turut bertukar ucapan Tahun Baharu dengan pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un. Kedua-dua pemimpin tersebut menyifatkan tahun 2024 sebagai "tahun muhibbah" untuk kedua-dua negara itu, sambil melancarkan siri kegiatan bagi usaha tersebut.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.