Skip to main content

Dunia

Presiden Xi Jinping ingkari janjinya berhubung Laut China Selatan, kata Jeneral AS

Pengerusi Ketua Turus Tentera Bersama Amerika Syarikat menuduh Presiden Xi Jinping mengingkari janjinya untuk tidak mengerahkan sumber-sumber tentera China di Laut China Selatan.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 30 May 2019 06:23PM Dikemas Kini : 30 May 2019 11:12PM

WASHINGTON: Pengerusi Ketua Turus Tentera Bersama Amerika Syarikat menuduh Presiden Xi Jinping mengingkari janjinya untuk tidak mengerahkan sumber-sumber tentera China di Laut China Selatan.

Maka itu, Jeneral Joseph Dunford menyeru agar satu "tindakan bersama" diambil bagi mempertanggungjawabkan China.

Jeneral Dunford berkata beliau tidak menggesa agar satu tindakan ketenteraan dilakukan terhadap China. Sebaliknya beliau menegaskan undang-undang antarabangsa perlu dikuatkuasakan.

Beberapa negara Asia Tenggara serta China membuat tuntutan bertindih ke atas Laut China Selatan yang kaya dengan sumber asli.

Namun hanya China yang sudah membina pulau buatan manusia di kawasan terumbu bagi kegunaan ketenteraan dan melakukan rondaan kapal perang di kawasan yang dituntutnya.

Menurut Jeneral Dunford, pada 2016 Presiden Xi berjanji kepada mantan Presiden Amerika Barack Obama, China tidak akan melakukan kegiatan ketenteraan di Laut China Selatan.

Sumber : CNA/AA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita