Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Presiden Xi Jinping akan pimpin China 5 tahun lagi

Anggaran Waktu Membaca:
Presiden Xi Jinping akan pimpin China 5 tahun lagi

(Gambar: AFP/Hector Retamal)

Diterbitkan : 13 Oct 2022 06:38PM Dikemas Kini : 13 Oct 2022 06:46PM
CHINA: Parti Komunis China mengeluarkan kenyataan bagi membantah kemerdekaan Taiwan menjelang kongres parti itu yang bakal diadakan pada hujung minggu ini.

Ia dikeluarkan pada akhir mesyuarat pleno empat hari di ibu kota Beijing pada Rabu (12 Okt).

Dokumen itu dikeluarkan dengan tujuan untuk menyemak semula kejayaan parti tersebut dan negara China sejak lima tahun lalu.

Ia juga mengalu-alukan kempen berterusan China menangani COVID-19. Kekangan dan sekatan yang ditetapkan semasa pandemik berjaya menurunkan kes harian COVID-19 di negara itu.

Presiden Xi Jinping turut dipuji kerana mengalihkan Hong Kong dari kerajaan porak-peranda menyusuli bantahan antipemerintah, lapor Reuters.

Beliau dijangka diberikan mandat untuk terus memimpin China buat penggal ketiga selama lagi lima tahun.
Sumber : Reuters/AA/hy

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan