Presiden Xi Jinping adakan lawatan pertama ke Rusia sejak perang Ukraine bermula
Anggaran Waktu Membaca:

Presiden China Xi Jinping akan merasmikan Kongres Parti Komunis China yang ke-20 pada 16 Okt 2022. (Gambar: Noel CELIS/AFP)
BEIJING: Presiden China Xi Jinping akan berada di Rusia dari 20 Mac hingga 22 Mac bagi lawatan rasmi selepas beliau diundang oleh Presiden Rusia, Vladimir Putin.
Demikian menurut Kremlin pada Jumaat (17 Mac).
Ini merupakan lawatan pertama Encik Xi ke Mosko sejak Rusia menceroboh Ukraine.
Kali terakhir Encik Xi melawat Rusia adalah pada 2019. Encik Putin pula menghadiri acara pembukaan Olimpik Musim Sejuk di Beijing tahun lalu dan kedua-dua pemimpin itu juga bertemu di satu perhimpunan keselamatan serantau di Uzbekistan pada September.
Lawatan tersebut diadakan selepas China menawarkan untuk menjadi orang tengah dalam usaha perdamaian dengan Ukraine.
Usaha itu diragui pihak Barat disebabkan sokongan diplomatik China kepada Rusia.
"Semasa rundingan itu, mereka akan berbincang isu-isu semasa berkait pembangunan lanjutan dalam hubungan kerjasama menyeluruh dan kerjasama strategik antara Rusia dengan China," menurut Kremlin.
"Sejumlah dokumen dua hala yang penting akan dimeterai," tambahnya.
Encik Xi akan bertukar-tukar pandangan dengan Encik Putin mengenai isu-isu utama serantau dan antarabangsa semasa lawatannya ke Rusia, kata Menteri Luar China pada Jumaat.
China dan Rusia mmeterai satu kerjasama "tiada had" pada Februari 2022, apabila Encik Putin mengadakan lawatan ke Beijing bagi acara pembukaan Olimpik Musim Sejuk.
Ia berlaku beberapa minggu sebelum Rusia menceroboh Ukraine.
Sejak itu, kedua-dua pihak terus mengesahkan kekuatan hubungan antara Rusia dengan China. Perdagangan antara kedua-dua negara juga melonjak sejak serangan atas Ukraine. China adalah pembeli utama minyak Rusia, yang merupakan sumber utama pendapatan bagi Mosko.
Kementerian Luar Beijing tidak mengesahkan khabar angin bahawa Encik Xi merancang untuk membuat panggilan kepada Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy ketika ditanya semasa persidangan rutin media pada Jumaat.
Menteri Luar China pada Khamis (16 Mac) menggesa Kyiv dan Mosko supaya memulakan rundingan damai "secepat mungkin". Kyiv menyatakan gesaan itu meningkatkan kepentingan integriti wilayah Ukraine.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.