Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Presiden Xi bentang pelan besar pembangunan Asia Tengah

Anggaran Waktu Membaca:
Presiden Xi bentang pelan besar pembangunan Asia Tengah

Gambar: AFP/Florence Lo/pool

Diterbitkan : 19 May 2023 06:17PM Dikemas Kini : 19 May 2023 06:18PM


XIAN: Presiden China Xi Jinping pada Jumaat (19 Mei) membentangkan satu pelan besar bagi pembangunan Asia Tengah, daripada membina infrastruktur kepada merangsang perdagangan.

China mengadakan sidang puncak dengan lima negara sekutunya di Asia Tengah.

Ia merancang untuk memegang peranan kepimpinan baru di rantau tersebut, yang sejak dahulu merupakan kawasan yang mempunyai pengaruh kuasa Rusia.

Dalam ucapannya di sidang puncak di bandar Xian itu, Presiden Xi Jinping menyeru negara-negara itu supaya mengembangkan sepenuhnya potensi kerjasama mereka dalam bidang perdagangan dan ekonomi.

Ia bertujuan memupuk paradigma kerjasama baru.

China berminat untuk memulakan kembali kerjasama di Asia Tengah bagi mengisi kekosongan yang wujud di bekas negara-negara Soviet Union itu akibat perang Rusia di Ukraine.


Sokongan China terhadap Asia Tengah juga kelihatan seperti mengimbangi dakwaan Amerika Syarikat terhadap diplomasi paksaannya.

Presiden Xi menekankan bahawa China dan negara-negara Asia Tengah harus mempertingkatkan kepercayaan dan menawarkan "sokongan yang jelas dan kukuh" terhadap kepentingan teras, seperti kedaulatan, kemerdekaan, maruah negara dan pembangunan jangka panjang.

Beliau bagaimanapun tidak menyebut Ukraine, yang merupakan sebahagian daripada Soviet Union seperti negara-negara Asia Tengah yang lain.

Sumber : Reuters/MU/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan