Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Presiden Xi adakan lawatan ke Vietnam sebagai tindak balas terhadap Amerika

Anggaran Waktu Membaca:
Presiden Xi adakan lawatan ke Vietnam sebagai tindak balas terhadap Amerika

Presiden China, Xi Jinping. (Gambar fail: AFP/Pool/Florence Flo)

HANOI: Presiden China, Xi Jinping kini di Vietnam bagi lawatan dua hari untuk mengukuhkan lagi hubungan dua hala.

Ia merupakan lawatan Presiden Xi yang pertama ke negara jiran China itu dalam masa enam tahun.

Rundingan beliau dengan para pemimpin Vietnam dijangka tertumpu kepada soal perdagangan dan prasarana termasuk meluaskan perkhidmatan kereta api.

Presiden Xi ke Vietnam selepas kunjungan Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden ke Hanoi pada September lalu.

Lawatan Encik Biden adalah sebahagian daripada usaha Amerika di mereta dunia untuk membendung kuasa ekonomi China yang kian meningkat, di samping menjamin bekalan bahan penting yang diperlukan bagi pembuatan berteknologi tinggi.

Semasa kunjungan Presiden Biden itu, Vietnam dan Amerika telah menaikkan ke tahap tertinggi perkongsian antarabangsa antara kedua-dua negara.

Amerika dan China sedang berusaha untuk meluaskan pengaruh masing-masing di rantau ini.
Sumber : AGENCIES/MU/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan