Skip to main content

Dunia

Presiden Vietnam letak jawatan; dituduh bertanggungjawab atas salah laku 2 timbalan perdana menteri

Anggaran Waktu Membaca:
Presiden Vietnam letak jawatan; dituduh bertanggungjawab atas salah laku 2 timbalan perdana menteri

(Gambar: AFP/Lillian Suwanrumpha)

HANOI: Presiden Vietnam Nguyen Xuan Phuc meletak jawatan selepas Parti Komunis mendapatinya bertanggungjawab atas salah laku sebilangan pegawai di bawah kepimpinannya, menurut agensi berita negara itu pada Selasa (17 Jan).

Encik Phuc, 68 tahun, seorang mantan Perdana Menteri, sudah memegang jawatan presiden selama kurang daripada dua tahun. Namun tidak jelas siapa yang akan menggantikan tempatnya.

"Menyedari sepenuhnya akan tanggungjawabnya kepada parti dan rakyat, beliau menyerahkan permohonan untuk meletak jawatan dari tugasnya dan bersara," lapor Vietnam News Agency yang memetik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis.

Sebelum ini, khabar angin mengenai peletakan jawatan Encik Phuc bertiup kencang selepas dua timbalan perdana menteri dipecat pada Januari, yang bekerja di bawahnya semasa beliau menerajui pemerintah.

Peletakan jawatannya memerlukan kelulusan dari Dewan Perhimpunan Negara. Reuters melaporkan pada Isnin (17 Jan) bahawa badan perundangan akan mengadakan mesyuarat tergempar pada minggu ini.

Vietnam tidak mempunyai seorang pemimpin mutlak dan secara rasminya dipimpin oleh empat individu, iaitu setiausaha parti, presiden, perdana menteri dan pengerusi parlimen.
 
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita