Skip to main content

Dunia

Presiden Venezuela tiba di New York selepas dipindah secara paksa

Anggaran Waktu Membaca:
Presiden Venezuela tiba di New York selepas dipindah secara paksa
Pesawat yang membawa Presiden Venezuela, Nicolas Maduro bersama isterinya, Cilia Flores, dilaporkan mendarat di Pangkalan Udara Pengawal Kebangsaan Stewart, New York. (Gambar: AP)
Diterbitkan : 04 Jan 2026 12:05PM

WASHINGTON: Presiden Venezuela Nicolas Maduro dan Wanita Pertama Cilia Flores, dibawa keluar dari sebuah pesawat di New York pada Sabtu (3 Jan) selepas dipindahkan secara paksa ke Amerika Syarikat menyusuli operasi lewat malam oleh Amerika Syarikat di Caracas, lapor Anadolu Ajansi yang menukil media tempatan.

Menurut laporan media Amerika, Encik Maduro dan Cik Flores dijangka dipindahkan dengan helikopter ke sebuah pusat tahanan.

Rakaman yang disiarkan oleh media Amerika menunjukkan Encik Maduro dikelilingi pegawai penguat kuasa undang-undang ketika dibawa keluar dari pesawat di Pangkalan Pengawal Negara Udara Stewart, manakala Cik Flores tidak kelihatan dengan jelas.

Tentera Amerika menahan dan menerbangkan Presiden Venezuela Nicolas Maduro bersama isterinya pada awal Sabtu dalam satu operasi dramatik yang dijalankan pada waktu malam, menurut pengumuman Presiden Donald Trump.

Beliau berkata bahawa Amerika akan mentadbir Venezuela sehingga satu “peralihan yang selamat, wajar dan berhemah” dapat dilaksanakan.

Para pengkritik memberi amaran bahawa operasi itu melanggar undang-undang antarabangsa, membelakangkan Kongres serta berisiko mencetus ketidakstabilan lanjut di seluruh Venezuela dan rantau itu.

Sumber : AP/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita