Skip to main content

Dunia

Presiden Venezuela terselamat dron meletup ketika berucap

Presiden Venezuela, Nicolas Madura terselamat daripada percubaan untuk membunuhnya apabila beberapa dron yang membawa bahan letupan meletup berhampiran beliau ketika sedang berucap di satu majlis tentera.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 05 Aug 2018 03:14PM Dikemas Kini : 05 Aug 2018 08:55PM

CARACAS: Presiden Venezuela, Nicolas Madura terselamat daripada percubaan untuk membunuhnya apabila beberapa dron yang membawa bahan letupan meletup berhampiran beliau ketika sedang berucap di satu majlis tentera.

Kejadian itu bagaimanapun mencederakan tujuh anggota tentera.

Presiden Maduro menuduh Colombia mendalangi serangan itu. Namun, sebuah kumpulan pemberontak yang tidak dikenali kemudian mengaku bertanggungjawab.

"Ia adalah satu serangan untuk membunuh saya, mereka cuba membunuh saya hari ini," kata Presiden Maduro yang tidak cedera, dalam satu kenyataan yang disiarkan di televisyen.

Visual stesen televisyen tempatan menunjukkan Presiden Maduro kelihatan bingung apabila satu letupan kedengaran sebelum anggota Pengawal Keselamatan Nasional yang lengkap berpakaian seragam dan sedang berkawal bertempiaran lari.

Menteri Komunikasi, Jorge Rodriguez berkata letupan berlaku berhampiran pentas Ppresiden dan beberapa lokasi lain di sepanjang perarakan yang berlangsung di Caracas.

"Maduro terselamat tanpa sebarang kecederaan dan ketika ini sedang menjalankan tugas seperti biasa selain berhubung rapat dengan barisan menteri, ahli politik kanan dan ketua tentera," katanya.

Pemimpin Venezuela itu masih berkuasa meskipun ekonomi negara tersebut semakin rapuh dan dibelenggu krisis politik yang berlarutan.

Beratus-ratus ribu rakyat Venezuela telah meninggalkan negara itu, di mana bekalan makanan dan ubat amat terbatas.  

Sumber : AFP/AY/SU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita