Skip to main content

Dunia

Presiden UAE umum dana AS$5 juta untuk program vaksinasi polio di Gaza

Anggaran Waktu Membaca:
ABU DHABI: Presiden Amiriah Arab Bersatu (UAE) Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan mengumumkan peruntukan sebanyak AS$5 juta untuk membiayai kempen vaksinasi polio di Gaza menyusuli kemunculan semula virus itu di wilayah berkenaan.

Menurut Agensi Berita Emirates (WAM), kempen vaksinasi yang akan bermula pada 1 September ini akan dijalankan dengan kerjasama Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), UNICEF dan Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA).

Inisiatif itu bertujuan untuk memberikan dua dos vaksin polio kepada lebih 640,000 kanak-kanak berusia bawah umur 10 tahun di Gaza sebagai usaha untuk menghentikan penularan virus dan mengelakkan wabak yang lebih meluas di rantau tersebut.

Kempen vaksinasi itu akan dilaksanakan secara berperingkat, bermula di bahagian tengah Gaza sebelum diteruskan ke selatan dan utara Gaza.

Setiap fasa akan dijalankan selama tiga hari, dilakukan di kawasan-kawasan tertentu untuk memastikan kanak-kanak dan keluarga mereka dapat mengakses kemudahan kesihatan serta membolehkan pekerja PBB mendampingi golongan yang memerlukan.

Sebagai persediaan untuk kempen vaksinasi itu, kira-kira 1.26 juta dos vaksin polio telah dihantar ke Gaza, dengan lagi 400,000 dos dijangka tiba tidak lama lagi.
Sumber : Bernama/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita