Presiden UAE Sheikh Khalifa bin Zayed meninggal dunia

Gambar: AFP
DUBAI: Presiden Amiriah Arab Bersatu (UAE) Sheikh Khalifa Bin Zayed Al Nahyan meninggal dunia pada usia 73 tahun, menurut laporan agensi berita negara WAM pada Jumaat (13 Mei). Beliau juga merupakan raja amiriah Abu Dhabi.
"Kementerian Hal Ehwal Presiden...mengumumkan bahawa UAE akan melaksanakan 40 hari berkabung dengan bendera dikibarkan separuh tiang mulai hari ini, dan menggantung kerja bagi semua kementerian, jabatan, dan entiti persekutuan, tempatan dan privet selama tiga hari," menurut agensi berita itu di Twitter.
Di bawah perlembagaan tersebut, naib presiden dan perdana menteri Sheikh Mohammed bin Rashid al-Maktoum, raja Dubai, akan menyandang jawatan presiden sehingga majlis persekutuan yang mengumpulkan raja-raja tujuh amiriah bermesyuarat dalam tempoh 30 hari untuk memilih presiden baru.
Khalifa, yang dilahirkan pada 1948, mula berkuasa pada 2004 di amiriah Abu Dhabi dan menjadi ketua negara. Beliau dijangka akan digantikan oleh abangnya Putera Mahkota Sheikh Mohammed bin Zayed al-Nahyan sebagai raja Abu Dhabi, lapor Reuters.
Mohammed bin Zayed sudah dijadikan raja UAE yang bersekutu dengan AS, terutama selepas Khalifa diserang angin ahmar pada 2014 dan berikutan itu dia jarang dilihat di khalayak ramai.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.