Presiden Turki berharap hubungan dengan Greece akan masuk era baru
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar fail: Bernama)
ATHENS: Hubungan antara Greece dengan Turki mungkin memasuki era baru selepas kedua-dua negara mengadakan pilihan raya, menurut Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan.
"Kita boleh mengetepikan permusuhan dan antagonisme. Ini terlalu berat untuk kedua-dua negara.
“Saya berharap pilihan raya di Greece dan Turki akan menjadi permulaan kepada era baru,” kata Presiden Erdogan kepada akhbar Kathimerini pada Jumaat (12 Mei), lapor agensi berita Jerman (dpa).
Presiden Erdogan yakin bahawa beliau dan parti AKP konservatif Islamnya akan memenangi pilihan raya presiden yang diadakan pada Ahad (14 Mei).
Sementara itu, Greece dijangka mengadakan pilihan raya parlimennya pada 21 Mei. Setakat ini, Perdana Menteri Kyriakos Mitsotakis mendahului dalam semua pilihan raya.
Kedua-dua negara anggota NATO itu sudah bekerja keras untuk meredakan ketegangan selepas dua gempa bumi dahsyat menggegarkan Turkiye pada Februari.
Greece turut menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada Turki selepas bencana itu.
Menurut Staf Am negara itu, tiada lagi pesawat tentera Turkiye melintasi pulau-pulau Greece, selepas tragedi itu.
Hubungan antara kedua-dua negara tegang kerana pertikaian wilayah dan deposit gas asli di timur Mediterranean.
Encik Erdogan dan menterinya sebelum ini mempersoalkan kedaulatan Greece ke atas berpuluh-puluh pulau Aegean, termasuk Rhodes dan Lesbos.
Encik Erdogan juga berulang kali mengancam untuk menyerang pulau-pulau itu, tetapi dikritik Kesatuan Eropah.

Sumber : Bernama/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.