Skip to main content

Dunia

Presiden Trump ketepi pengurangan tentera Amerika dari Korea Selatan

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump berkata, beliau tidak akan menimbangkan pengurangan tentera Amerika dari Korea Selatan, sebagai sebahagian daripada perjanjiannya dalam sidang puncak dengan Korea Utara di Hanoi.

Anggaran Waktu Membaca:
Presiden Trump ketepi pengurangan tentera Amerika dari Korea Selatan

Presiden Donald Trump. (Gambar: Nicholas Kamm/AFP)

Diterbitkan : 23 Feb 2019 07:04PM Dikemas Kini : 23 Feb 2019 07:08PM

HANOI, VIETNAM: Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump berkata, beliau tidak akan menimbangkan pengurangan tentera Amerika dari Korea Selatan, sebagai sebahagian daripada perjanjiannya dalam sidang puncak dengan Korea Utara di Hanoi.

Para pegawai Amerika dan Korea Utara sedang mengadakan rundingan awal sebelum sidang puncak kedua Encik Trump dengan pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un.

Kedua-dua pihak sedang berbincang mengenai definisi penghapusan senjata nuklear yang dapat dipersetujui dan rancangan hala tuju bagi mencapai matlamat itu.

Washington menyatakan, matlamat utama pada sidang puncak itu adalah untuk membekukan penggunaan semua senjata Pyongyang yang boleh menimpakan kemusnahan besar.

Namun pelucutan senjata nuklear Korea Utara secara lengkap dan boleh disahkan, tetap merupakan matlamat akhir.

Sumber : AFP/MM/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita