Presiden Trump bakal runding dengan Kongres pada Isnin, sedang pentadbiran Amerika berisiko lumpuh
Anggaran Waktu Membaca:
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump. (Gambar fail: BERNAMA)
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump akan mengadakan pertemuan dengan pemimpin Republican dan Democrat di Kongres pada Isnin (28 Sep), sedang pentadbiran persekutuan negara itu di ambang menjadi lumpuh, lapor Associated Press, yang menukil sumber daripada Rumah Putih.
Mesyuarat itu, yang bakal melibatkan Speaker Dewan Perwakilan Mike Johnson dan Ketua Majoriti Senat John Thune, serta Ketua Democrat Dewan Perwakilan Hakeem Jeffries dan Ketua Minoriti Senat Chuck Schumer, disahkan oleh seorang pegawai Rumah Putih dan seorang individu lain yang arif mengenai perkara itu, lapor agensi berkenaan.
Awal dari itu, Presiden Trump menggesa Republican di Kongres supaya mengundi untuk melanjutkan pembiayaan pentadbirannya secara sementara bagi mengelakkan ia daripada menjadi lumpuh, sambil menuduh Democrat cuba mencetuskan penutupan itu.
Amerika Syarikat akan memulakan tahun kewangan baharu tanpa belanjawan pada Rabu (1 Okt). Ini sekiranya Capitol Hill gagal sekurang-kurangnya meluluskan resolusi sementara untuk meneruskan pembiayaan pemerintah buat jangka pendek, agensi persekutuan berisiko tidak beroperasi untuk tempoh yang tidak dinyatakan.
Tempoh kelumpuhan pentadbiran paling lama dalam sejarah Amerika berlangsung selama 35 hari dan berlaku semasa penggal pertama Presiden Trump.

Sumber : Reuters/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.