Skip to main content

Dunia

Presiden Tharman seru perubahan terhadap pentadbiran bekalan air

Presiden Singapura Tharman Shanmugaratnam berkata perubahan perlu dilaksanakan terhadap bagaimana seluruh dunia mentadbir dan menguruskan bekalan air bagi menyelesaikan masalah iklim.

Anggaran Waktu Membaca:
Presiden Tharman seru perubahan terhadap pentadbiran bekalan air

Gambar fail: CNA/Syamil Sapari

SINGAPURA: Presiden Singapura Tharman Shanmugaratnam berkata perubahan perlu dilaksanakan terhadap bagaimana seluruh dunia mentadbir dan menguruskan bekalan air bagi menyelesaikan masalah iklim.

Ini kerana bekalan air bukan sahaja mangsa perubahan iklim tetapi ia sebahagian daripada puncanya.

Encik Tharman berkata demikian semasa sesi dialog di Forum Ekonomi Sedunia di Davos, Switzerland.

"Bagi bekalan air, kami telah membuktikan teknologi-teknologi yang perlu dipertingkatkan, yang perlu dijadikan lebih dimampui kepada para petani di India atau Afrika yang harus boleh dimampui oleh majlis perbandaran tempatan, di mana-mana di dunia yang membangun.

"Dan secara ringkas, ia juga perlu dilaksanakan pada berskala di negara-negara paling maju, yang juga mengalami krisis bekalan air," kata Presiden Tharman.
Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita