Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Presiden Taiwan Tsai Ing-wen letak jawatan sebagai ketua Parti Progresif Demokratik

Anggaran Waktu Membaca:
TAIPEI: Presiden Taiwan Tsai Ing-wen meletak jawatan sebagai ketua Parti Progresif Demokratik yang memerintah, menyusuli kekalahan yang dialami partinya di pilihan raya tempatan pada Sabtu (26 Nov).
Sebilangan besar pengundi Taiwan memilih parti pembangkang Kuomintang, atau KMT dalam beberapa persaingan utama di merata wilayah tersebut dalam pilihan raya itu.

Pilihan raya tersebut turut menyaksikan isu tempatan menjadi keutamaan, berbanding kebimbangan berhubung ancaman dari China, yang membelenggu wilayah tersebut.

Cik Tsai berucap mengenai "penentangan terhadap China di samping mempertahankan Taiwan" berulang kali semasa berkempen untuk partinya.

Manakala, seorang calon parti tersebut, Chen Shih-chung yang, yang tewas dalam persaingan bagi jawatan Datuk Bandar Taipei, hanya membangkitkan isu mengenai ancaman Parti Komunis tersebut beberapa kali sebelum beliau mengalihkan tumpuan kepada isu-isu tempatan dengan segera memandangkan sedikit perhatian diberikan kepada isu-isu berkanaan, menurut para pakar.

Cik Tsai mengusulkan peletakan jawatannya pada Sabtu malam, iaitu satu tradisi yang dilihat menyusuli sebarang kekalahan besar dialami. Beliau memberi penghargaan kepada para penyokongnya dalam ucapan pendeknya menyusuli peletakan jawatan tersebut.

"Saya mesti memikul semua tanggungjawab," katanya. "Berdepan dengan keputusan seperti ini, terdapat banyak lapangan yang perlu kita semak semula dengan menyeluruh."

Meskipun para pengamat antarabangsa dan parti yang memerintah cuba mengaitkan pilihan raya dengan ancaman yang wujud dalam jangka panjang, iaitu ancaman dari China, kebanyakan pakar tempatan menyangkal bahawa China - yang mendakwa Taiwan sebagai wilayah miliknya - memainkan peranan yang besar dalam pilihan raya tersebut.

Semasa berkempen, terdapat juga beberapa ketika di mana latihan ketenteraan berskala besar yang diadakan China pada Ogos lalu, diketengahkan.

Latihan ketenteraan tersebut dikendalikan dengan tujuan untuk menyasarkan Taiwan, sebagai tindakan balas terhadap lawatan Dewan Speaker Amerika Syarikat, Nancy Pelosi.

Calon-calon dari KMT memenangi kerusi datuk bandar di Taipei, ibu kota Taiwan, serta di Taoyuan, Taichung dan bandar Taipei Baru.

Para penduduk Taiwan memilih datuk bandar mereka, ahli majlis bandar raya dan para pemimpin tempatan lain di semua 13 daerah dan sembilan bandar. Terdapat juga referendum untuk menurunkan usia mengundi daripada 20 tahun kepada 18 tahun, yang tidak diluluskan, menurut media tempatan.
Sumber : AP/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan