Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Presiden Taiwan ramal pilihan raya hujung minggu ini sebagai referendum bagi kepimpinannya

Anggaran Waktu Membaca:
Presiden Taiwan ramal pilihan raya hujung minggu ini sebagai referendum bagi kepimpinannya

Presiden Taiwan Tsai Ing-wen mengumumkan peletakan jawatannya sebagai pengerusi DPP. (Gambar: Ann Wang/Reuters)

Diterbitkan : 24 Nov 2022 04:51PM Dikemas Kini : 24 Nov 2022 04:51PM
TAIPEI: Presiden Taiwan Tsai Ing-wen pada Khamis (24 Nov) meramalkan pilihan raya hujung minggu ini sebagai referendum bagi kepimpinannya, sambil berkata undi bagi calon partinya adalah undi buat dirinya serta komitmennya untuk "menjaga Taiwan dengan baik" dan memastikan keamanan dengan China.

Penggal kedua Cik Tsai berakhir pada 2024 dan beliau tidak dibenarkan bertanding semula disebabkan had penggal. Beliau dipilih semula menyusuli kemenangan besar pada 2020 berdasarkan ikrar untuk berpendirian terhadap China dan melindungi kebebasan dan demokrasi Taiwan.

Pilihan raya pada Sabtu (26 Nov), bagi Datuk Bandar, Ketua Wilayah dan Ahli Majlis, adalah tentang isu-isu domestik seperti pandemik COVID-19 dan jenayah, dan mereka yang dipilih tiada kuasa secara langsung tentang dasar China.

Namun Cik Tsai merangka semula kempen tersebut untuk memperbaiki hubungan bersama China, yang menganggap Taiwan sebagai wilayahnya sendiri, serta meningkatkan tekanan tentera untuk menegaskan tuntutan tersebut secara jelas.

Pilihan raya itu berlangsung sebulan selepas berakhirnya kongres ke-20 Parti Komunis China, di mana Presiden Xi Jinping mengekalkan pemerintahannya buat penggal ketiga, yang belum pernah berlaku dalam sejarah. Ia adalah suatu perkara yang sering diulangi Cik Tsai dalam kempennya.

Parti pembangkang utama Taiwan, Kuomintang (KMT), yang sebelum ini memihak kepada China dan mengalahkan Parti Demokratik Progresif (DPP) pada pilihan raya tempatan 2018, menyatakan ia juga komited untuk melindungi demokrasi dan kebebasan negara itu.

Namun KMT mengutuk DPP kerana bersifat terlalu keras terhadap China.
Sumber : Reuters/AE/ae

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa