Presiden Taiwan ikrar perkukuh pertahanan wilayah dalam perutusan Tahun Baharu Cina
Anggaran Waktu Membaca:
TAIPEI: Taiwan akan memperkukuh usaha pertahanannya dan meningkatkan keselamatan wilayah tersebut pada tahun mendatang, kata Presiden Lai Ching-te dalam perutusan Tahun Baharu Cina yang dikeluarkan pada Ahad (15 Feb).
Pada tahun lalu, Encik Lai mencadangkan tambahan perbelanjaan pertahanan sebanyak AS$40 bilion (S$50.6 billion) bagi menangkis ancaman China, yang menganggap Taiwan sebagai sebahagian wilayahnya.
Namun, pihak pembangkang yang menguasai majoriti di parlimen enggan menyemak cadangan tersebut dan sebaliknya, mengemukakan cadangan sendiri yang lebih rendah nilainya, yang hanya membiayai pembelian sebahagian daripada senjata Amerika Syarikat yang dimahukan Encik Lai.
Dalam ucapannya yang dirakam di salah satu stesen radar ketenteraan paling penting Taiwan di kawasan pergunungan, yang dikunjunginya awal bulan ini, Encik Lai merakamkan penghargaan kepada angkatan bersenjata itu kerana melindungi Taiwan sepanjang masa.
“Kami akan terus memperkukuh usaha pertahanan negara dan keselamatan awam, demi menjamin keselamatan negara serta mengekalkan kestabilan sosial,” katanya dalam perutusan yang dimuat naik ke akaun media sosialnya.
Video tersebut juga menampilkan rakaman kapal selam pertama yang dibangunkan di Taiwan, yang kini sedang menjalani ujian di laut.
Encik Lai, yang dikecam Beijing sebagai “pemisah” menyusuli penolakannya terhadap tuntutan kedaulatan China ke atas Taiwan, tidak menyampaikan ucapan kepada China, yang mengadakan pusingan terbaharu latihan ketenteraan berskala besar di sekitar wilayah itu pada akhir Disember lalu.
China tidak pernah menolak kemungkinan penggunaan kekerasan untuk menjadikan Taiwan di bawah kawalannya.

Sumber : Reuters/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.