Presiden Taiwan bincang 'keadaan serantau' jelang pertemuan dengan Speaker Dewan AS
(Gambar: AFP/Pemerintah Belize)
TAIPEI: Presiden Taiwan Tsai Ing-Wen bertemu dengan pegawai kanan keselamatan pada Selasa (4 Apr) untuk membincangkan "keadaan serantau" menjelang pertemuannya dengan Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Kevin McCarthy di Los Angeles.
Pertemuan itu berlangsung semasa Presiden Tsai singgah di California dalam perjalanan pulang selepas melawat dua negara Amerika Tengah.
China telah memberi amaran akan bertindak balas jika pertemuan itu berlangsung.
Beijing telah berulang kali menggesa para pegawai Amerika agar tidak mengadakan hubungan dengan pemimpin-pemimpin Taiwan.
Ia menganggap hubungan sedemikian sebagai tanda sokongan kepada hasrat Taiwan untuk berpisah dari China.
Beijing menganggap Taiwan sebagai wilayah China.
Pada Ogos 2022, China telah mengadakan latihan tentera besar-besaran di sekitar Taiwan selepas Speaker Dewan Perwakilan ketika itu, Nancy Pelosi melakukan lawatan ke pulau tersebut.
China dikhuatiri akan mengulangi tindakan itu jika Presiden Tsai bertemu Encik McCarthy.
Setakat ini, Taiwan belum melaporkan sebarang pergerakan luar biasa oleh tentera China menjelang pertemuan dengan Encik McCarthy.
Cik Tsai dijadual pulang ke Taipei pada Jumaat (7 Apr).
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.