Presiden Taiwan angkat sumpah penggal kedua
Presiden Taiwan Tsai Ing-wen mengangkat sumpah bagi penggal kedua jawatannya hari ini (20 Mei). Beliau merupakan presiden wanita Taiwan yang pertama menyandang jawatan itu untuk dua penggal.
Presiden Tsai Ing-wen tiba di Pejabat Presiden untuk upacara pelantikannya di Taipei. (Gambar: Pejabat Presiden Taiwan/AFP)
TAIPEI: Presiden Taiwan Tsai Ing-wen mengangkat sumpah bagi penggal kedua jawatannya hari ini (20 Mei). Beliau merupakan presiden wanita Taiwan yang pertama menyandang jawatan itu untuk dua penggal.
Dalam ucapannya di upacara angkat sumpah, Presiden Tsai berkata China dan Taiwan mempunyai tanggungjawab kepada rakyat masing-masing bagi mencari jalan untuk wujud bersama dalam jangka panjang.
Menurut Presiden Tsai, beliau sedia mengadakan perbincangan dengan China dan memberikan lebih banyak sumbangan membina kepada keselamatan serantau.
Namun, Presiden Tsai menegaskan Taiwan tidak akan menerima penguasaan China ke atas pulau itu menerusi formula "satu negara, dua sistem".
China menganggap Taiwan sebagai sebuah wilayahnya yang memberontak yang pada akhirnya nanti akan disatukan semula dengan China.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.