Skip to main content

Dunia

Presiden syarikat binaan Thailand serah diri atas tuduhan cuai berhubung bangunan runtuh semasa gempa

Anggaran Waktu Membaca:
Presiden syarikat binaan Thailand serah diri atas tuduhan cuai berhubung bangunan runtuh semasa gempa

17 orang didakwa melakukan jenayah kecuaian profesional sehingga menyebabkan kematian. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 16 May 2025 03:31PM Dikemas Kini : 16 May 2025 03:32PM
BANGKOK: Presiden syarikat pembinaan gergasi Thailand serta lebih 10 individu lain menyerah diri kepada polis pada Jumaat (16 Mei) atas tuduhan jenayah berlaku cuai sehingga menyebabkan sebuah bangunan tinggi di Bangkok runtuh semasa gempa bumi pada 28 Mac lalu.

Premchai Karnasuta, presiden Italian-Thai Development Co, kontraktor utama Thailand bagi projek bangunan terbabit, serta pereka bentuk dan jurutera, tergolong antara 17 orang yang didakwa melakukan jenayah kecuaian profesional sehingga menyebabkan kematian, kata timbalan ketua polis Bangkok Noppasin Poonsawat.

Tertuduh secara terbuka menafikan salah laku.

Sebanyak 92 jiwa terkorban selepas sebuah bangunan yang masih dibina runtuh, dengan sejumlah kecil mangsa masih tidak dapat dikesan.

Bangunan itu, yang bakal dijadikan Pejabat Audit Negara yang baharu, adalah satu-satunya di Thailand yang runtuh dalam gempa bumi yang berpusat di negara jiran Myanmar.

Encik Noppasin memberitahu sidang media bahawa bukti dan keterangan daripada pakar mencadangkan pelan bangunan itu tidak memenuhi piawaian dan kod.

Akhbar Bangkok Post melaporkan polis juga sudah mengenal pasti bahawa projek itu menunjukkan "kelemahan struktur di aci lif utama utama serta (penggunaan) konkrit dan keluli yang tidak memenuhi piawaian".

Media Thailand melaporkan dakwaan salah laku dalam projek itu hampir setiap hari sejak bangunan itu runtuh, kebanyakannya melibatkan dokumentasi projek yang tidak teratur.

Laporan itu membangkitkan peranan rakan usahasamanya Itali-Thailand dari China, syarikat China Railway No 10, yang terlibat dalam projek di seluruh dunia.

Mahkamah Jenayah mengeluarkan waran tangkap bagi 17 suspek tersebut pada Khamis.

Encik Noppasin berkata seramai 15 orang sudah menyerah diri di balai polis pada sebelah pagi dan dua lagi dijangka berbuat demikian lewat hari ini.
 
Sumber : CNA/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita