Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Presiden Sri Lanka ikrar rombak pasukan keselamatan susuli serangan nekad

Presiden Sri Lanka pada Selasa (23 Apr) berikrar akan melakukan rombakan besar-besaran ke atas para pegawai kanan tentera negaranya menyusuli serangan nekad Hari Easter di mana pemerintah mengakui bahawa amaran keras yang diterima tidak diendahkan.

Anggaran Waktu Membaca:
Presiden Sri Lanka ikrar rombak pasukan keselamatan susuli serangan nekad

Presiden Sri Lanka Maithripala Sirisena. (Gambar: LAKRUWAN WANNIARACHCHI/AFP)

Diterbitkan : 24 Apr 2019 07:47AM Dikemas Kini : 24 Apr 2019 07:50AM

COLOMBO: Presiden Sri Lanka pada Selasa (23 Apr) berikrar akan melakukan rombakan besar-besaran ke atas para pegawai kanan tentera negaranya menyusuli serangan nekad Hari Easter di mana pemerintah mengakui bahawa amaran keras yang diterima tidak diendahkan.

Presiden Maithripala Sirisena, yang juga Menteri Pertahanan merangkap Undang-Undang dan Ketenteraman, berkata beliau akan merombak sepenuhnya pasukan keselamatan dan polis yang di bawah naungan beliau.

"Saya berharap untuk melakukan perubahan besar terhadap kepimpinan pasukan keselamatan dalam tempoh 24 jam akan datang," kata Presiden itu dalam ucapan beliau kepada seluruh negara.

"Penyusunan semula pasukan keselamatan dan polis akan selesai dalam masa seminggu."

Perdana Menteri Ranil Wickremesinghe mengakui bahawa polis maklum akan serangan-serangan pengeboman nekad ke atas gereja-gereja dan hotel-hotel mewah sebelum serangan-serangan dilancarkan pada Ahad (21 Apr) namun ia gagal bertindak.

Lebih 320 jiwa terkorban dalam kejadian tersebut.

Siasatan sedang dijalankan untuk menentukan mengapa polis tidak mengongsi maklumat risikan dengan pejabat Encik Wickremesinghe, kata Encik Sirisena kepada para wartawan pada Selasa, sejurus sebelum menyampaikan ucapan.

ISIS mengaku tanggungjawab atas siri pengeboman di tiga gereja Katolik dan tiga hotel mewah sambil mendedahkan gambar lelaki-lelaki yang dikatakan bertanggungjawab.

Sumber : AFP/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan