Skip to main content

Dunia

Presiden Perancis tegaskan tiada alasan untuk tegakkan ketegangan di Lubnan

Anggaran Waktu Membaca:
Presiden Perancis tegaskan tiada alasan untuk tegakkan ketegangan di Lubnan

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 01 Jun 2026 01:13PM Dikemas Kini : 01 Jun 2026 01:14PM

ISTANBUL: Presiden Perancis Emmanuel Macron pada Ahad (31 Mei) berkata "tiada yang mewajarkan" peningkatan berterusan di selatan Lubnan, ketika ketegangan terus meningkat di rantau itu, lapor Anadolu Ajansi (AA).

"Tiada apa yang mewajarkan peningkatan ketegangan yang sedang berlaku di selatan Lubnan. Perancis akan meneruskan sokongannya kepada pihak berkuasa Lubnan dalam usaha mereka memulihkan kedaulatan negara dan integriti wilayah negara," kata Macron menerusi catatan di X.

Kenyataan beliau dibuat ketika tentera Israel meneruskan serangan hariannya di seluruh Lubnan walaupun gencatan senjata berkuat kuasa sejak 17 April dan dilanjutkan selama 45 hari berikutan rundingan tidak langsung yang dikendalikan oleh Amerika Syarikat.

Menurut Kementerian Kesihatan Lubnan, serangan Israel sejak 2 Mac telah membunuh lebih 3,370 orang dan lebih 10,000 yang lain cedera.

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan mengadakan mesyuarat mengenai Lubnan pada Isnin, menurut sumber diplomatik kepada Anadolu.

Anadolu Ajansi (AA) melaporkan pertemuan itu berikutan permintaan oleh Perancis, yang menyifatkan operasi ketenteraan berterusan Israel di Lubnan sebagai "sangat membimbangkan."

Menurut sumber, Rusia "sangat" menyokong permintaan Perancis untuk mesyuarat berkenaan.

Menteri Luar Perancis Jean-Noel Barrot menyatakan permintaan itu pada Ahad, menggesa perhatian antarabangsa segera terhadap situasi tersebut.

Serangan Israel berterusan walaupun gencatan senjata yang berkuat kuasa pada 17 April dan kemudiannya dilanjutkan selama 45 hari susulan rundingan tidak langsung yang dikendalikan oleh Amerika Syarikat.

Pada Isnin, turut akan berlangsung mesyuarat Majlis Keselamatan PBB berhubung serangan dron ke atas Romania, yang bakal diadakan atas permintaan negara itu.

Sumber : Bernama/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita