Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Presiden Perancis, Menteri Luar Arab runding langkah hentikan perang di Gaza

Anggaran Waktu Membaca:
Presiden Perancis, Menteri Luar Arab runding langkah hentikan perang di Gaza

Presiden Perancis Emmanuel Macron (kanan) mengadakan mesyuarat pada Jumaat (24 Mei) bersama perdana menteri Qatar dan menteri luar Arab Saudi, Mesir dan Jordan di Istana Presiden Elysee di Paris untuk berbincang mengenai perang di Gaza. (Gambar: JULIEN DE ROSA / POOL / AFP)

ANKARA: Presiden Perancis, perdana menteri Qatar dan menteri luar Arab Saudi, Mesir dan Jordan telah mengadakan rundingan pada Jumaat (24 Mei) mengenai perang di Gaza dan cara untuk menubuhkan negara Palestin bersama Israel.

Di samping itu, mereka membincangkan langkah-langkah untuk menghentikan perang berkenaan di Carikan Gaza.

Presiden Perancis Emmanuel Macron telah menganjurkan mesyuarat itu di tengah-tengah kebimbangan antarabangsa yang semakin meningkat mengenai perang Israel-Hamas.

Ini berlaku beberapa jam selepas mahkamah tertinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengarahkan Israel untuk menghentikan serangannya di bandar Gaza, Rafah.

Usaha untuk menghidupkan semula huraian "dua negara" di tengah-tengah konflik Timur Tengah yang lebih luas dan usaha kemanusiaan untuk Gaza menjadi topik utama rundingan itu.

Menurut satu kenyataan istana Elysee, para pegawai membincangkan "segala cara yang dapat dilakukan agar semua lintasan" ke Gaza dibuka semula.

Pemimpin Perancis itu menegaskan tentangan beliau terhadap serangan Israel di bandar Gaza Rafah dan penempatan baharu di Tebing Barat yang diduduki.

Beliau juga menggesa gencatan senjata "segera" dilaksanakan dengan pembebasan "semua tebusan" di Gaza.
Sumber : AGENCIES/SE/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan