Presiden Perancis Macron umum pilihan raya kilat susuli kekalahan dalam undian EU
Anggaran Waktu Membaca:

Presiden Perancis Emanuel Macron. (Gambar: AP)
PARIS: Presiden Perancis Emanuel Macron mengatakan pada Ahad (9 Jun) bahawa beliau membubarkan Dewan Negara dan akan mengadakan pilihan raya kilat. Ini menyusuli satu kekalahan teruk yang dialami semasa pilihan raya bagi Parlimen Eropah.
Dalam ucapannya kepada rakyat negara itu dari istana presiden Elysee, Encik Macron berkata: "Saya memutuskan untuk mengembalikan pilihan bagi masa depan parlimen kita menerusi undian. Lantaran itu, saya membubarkan Dewan Negara."
Beliau menambah, pengundian tersebut akan berlangsung dalam dua pusingan pada 30 Jun dan 7 Julai.
Langkah tersebut diambil sedang keputusan awal pilihan raya dari Perancis pada Ahad meletakkan parti National Rally berhaluan kanan di hadapan dalam pilihan raya parlimen Kesatuan Eropah, mengalahkan parti pro-Eropah berhaluan tengah Encik Macron, menurut institut tinjauan pendapat Perancis.

Sumber : AP/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.