Presiden Perancis Macron adakan pertemuan dengan pemimpin parti dalam usaha pilih calon perdana menteri
Anggaran Waktu Membaca:

Presiden Perancis Emanuel Macron. (Gambar: AP)
PARIS: Parti berhaluan kiri Perancis memberitahu Presiden Emmanuel Macron pada Jumaat (23 Ogos) bahawa mereka ingin membentuk pemerintah seterusnya.
Ini sedang Encik Macron memulakan rundingan mengenai siapa yang layak untuk menjadi perdana menteri negara itu, tujuh minggu selepas pilihan raya parlimen yang diadakan tidak dapat memuktamadkan sebarang keputusan.
Setakat ini, Encik Macron tidak mengendahkan tuntutan mereka, dengan mengatakan bahawa meskipun pakatan New Popular Front mendahului pada pilihan raya Julai, parti berhaluan kiri tersebut masih jauh daripada mendapatkan majoriti mutlak.
"Kami memberitahunya bahawa ia terpulang kepada parti politik yang menduduki tempat pertama pada pilihan raya, iaitu New Popular Front, untuk membentuk pemerintah," kata Lucie Castets, seorang penjawat awam kanan 37 tahun, yang dipilih parti berhaluan kiri sebagai calon perdana menteri, selepas pertemuan dengan Encik Macron.
Dengan Encik Macron dijadualkan bertemu parti berhaluan tengah dan konservatif pada Jumaat, serta parti berhaluan kanan pada Isnin (26 Ogos), para ketua parti berhaluan kiri berkata mereka berharap untuk mendapatkan jawapan dengan secepat mungkin.
Sesiapa sahaja yang dinamakan sebagai perdana menteri oleh Encik Macron bakal berdepan tugas yang mencabar, termasuk kelulusan belanjawan 2025, sedang Perancis berada di bawah tekanan Suruhanjaya Eropah serta pasaran saham yang mengarahkan negara tersebut untuk mengurangkan defisitnya.
Keputusan Encik Macron untuk mengadakan pilihan raya parlimen mengejut menyebabkannya kalah, dengan parti campuran berhaluan tengahnya kehilangan puluhan kerusi parlimen, yang mana tiada parti meraih majoriti mutlak.
Perlembagaan Perancis menyatakan Encik Macron bebas untuk memilih siapa sahaja, namun, mereka perlu mengatasi undi tidak percaya daripada pembangkang.
Menurut beberapa sumber, calon Encik Macron termasuk presiden serantau konservatif Xavier Bertrand dan mantan Perdana Menteri Perancis daripada Parti Sosialis Bernard Cazaveuve.
Media Perancis baru-baru ini melaporkan bahawa Karim Bouamrane, datuk bandar sebuah bandar kecil, daripada Parti Sosialis, sebagai seorang lagi calon.

Sumber : Reuters/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.