Presiden Perancis kritik Israel atas serangan di Gaza, Lubnan
Presiden Perancis Emmanuel Macron pada Sabtu (5 Okt) mengkritik Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu kerana mengerahkan tenteranya untuk melancarkan serangan darat di Lubnan.
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AFP)
BAITULMAKDIS/PARIS: Presiden Perancis Emmanuel Macron pada Sabtu (5 Okt) mengkritik Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu kerana mengerahkan tenteranya untuk melancarkan serangan darat di Lubnan.
Encik Macron bahkan mengarahkan supaya penghantaran senjata ke Israel untuk kegunaan di Gaza, dihentikan.
"Saya fikir keutamaannya sekarang adalah untuk kita kembali berusaha mencari huraian politik, selain berhenti menghantar senjata yang mahu digunakan dalam pertempuran di Gaza," tegas Encik Macron kepada penyiar rasmi di Perancis, France Inter.
"Perancis tidak akan menghantar sebarang (senjata)," kata beliau lagi dalam wawancara yang dirakam pada Selasa (1 Okt).
Encik Macron turut menzahirkan kebimbangannya mengenai konflik di Gaza yang terus berlarutan sekalipun terdapat gesaan supaya gencatan senjata dilaksanakan.
"Saya rasa kami tidak dihiraukan," katanya. "Saya rasa semua ini satu kesilapan, termasuk (menjalankan perang) demi keselamatan Israel," ujarnya, sambil menambah konflik tersebut semakin menjurus kepada "kebencian".
Komennya itu kemudian diselar oleh PM Netanyahu, yang menegaskan bahawa Israel sedang berjuang menentang kuasa tidak bertamadun yang dipimpin Iran.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabatnya, PM Netanyahu juga menegaskan bahawa Israel sedang berperang di beberapa medan untuk melawan kumpulan-kumpulan yang disokong oleh musuh ketatnya, Iran.
"Namun, Presiden Macron dan pemimpin negara-negara Barat lain menggesa sekatan dilaksanakan terhadap penghantaran senjata ke Israel. Mereka wajar berasa malu," kata PM Netanyahu.
Pejabat Encik Macron membalas dengan satu kenyataan semalam (5 Okt).
Perancis adalah "rakan yang setia kepada Israel", menurut kenyataan itu, yang turut menggambarkan reaksi PM Netanyahu sebagai "keterlaluan dan jauh tersasar daripada persahabatan antara Perancis dan Israel".
Dalam satu wawancara, Encik Macron juga berkata bahawa langkah mengelak konflik daripada berlaku di Lubnan adalah satu "keutamaan".
"Lubnan tidak boleh menjadi (seperti) Gaza," tegas Encik Macron.

Sumber : Reuters/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.