Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Presiden Perancis gesa AS, China buat sumbangan setimpal tangani perubahan iklim

Anggaran Waktu Membaca:
SHARM EL-SHEIKH: Lebih 100 pemimpin dunia termasuk negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mula membincangkan isu perubahan iklim yang semakin teruk pada Isnin (7 Nov).

Sempena Persidangan Perubahan Iklim PBB COP27 di Mesir itu, Presiden Perancis Emmanuel Macron menggesa Amerika Syarikat, China dan negara-negara bukan Eropah yang kaya,
supaya membuat sumbangan yang setimpal, demi membantu negara-negara lebih miskin menangani perubahan iklim.

Encik Macron mendakwa, hanya negara-negara Eropah yang telah membayar kosnya.

Malah, pemimpin dua daripada tiga negara pencemar karbon terbesar, China dan India, tidak menghadiri perbincangan iklim kali ini, walaupun menghantar pegawai kanan menyertai rundingan yang dijalankan.

Pemimpin negara pencemar utama yang lain, Presiden AS, Joe Biden, dijangka hadir ketika G20 di Bali, sama seperti kebanyakan presiden dan perdana menteri negara lain.

Dalam sidang kali ini, ketegangan dijangkakan antara benua Selatan yang lebih miskin, berbanding benua Utara yang lebih kaya.

Salah satu isu teras ialah mengenai "bayaran kerosakan".

Negara-negara kaya dikatakan keberatan untuk menanggung tanggungjawab kewangan bagi perubahan iklim yang berpunca daripada kegiatan-kegiatan perusahaannya.

Isu ini dianggap sebagai teras kepada persoalan 'keadilan' dalam soal perubahan iklim.
Sumber : CNA/DY/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan