Presiden Perancis Emmanuel Macron diuji positif COVID-19
Presiden Perancis Emmanuel Macron diuji positif COVID-19 pada Khamis (17 Dis), menurut pejabat presiden.

(Gambar: Reuters)
PARIS: Presiden Perancis Emmanuel Macron diuji positif COVID-19 pada Khamis (17 Dis), menurut pejabat presiden.
Beliau kini menjalani pengasingan kendiri selama seminggu.
"Presiden Macron diuji positif COVID-19 hari ini,"menurut kenyataan pejabat presiden sambil menambah bahawa beliau menjalani ujian sebaik sahaja "menunjukkan tanda-tanda gejala".
Seperti yang ditetapkan di bawah peraturan negara, Presiden Macron akan menjalani "pengasingan kendiri selama tujuh hari. Beliau akan terus menjalankan tugas dan kegiatannya secara online," tambah kenyataan tersebut.
Presiden Perancis itu menyertai senarai ketua-ketua negara dan pemerintah di seluruh dunia yang dijangkiti COVID-19 termasuk Perdana Menteri Britain Boris Johnson dan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump.
Awal minggu ini, Perancis melonggarkan sekatan yang dilaksanakan untuk melawan gelombang kedua virus itu meskipun kadar jangkitan tetap tinggi.
Bagaimanapun, perintah berkurung sebelah malam dari 8.00 malam masih dikuat kuasakan di merata negara bagi membendung penularan COVID-19 manakala restoran dan kafe serta pawagam dan teater terus ditutup.
Lebih 59,300 kematian dicatatkan di negara itu akibat COVID-19 sejak bermulanya pandemik tersebut.
Lebih 17,000 kes baru dilaporkan pada Rabu (16 Dis), mencetuskan kebimbangan di tengah-tengah cuti perayaan Krismas.
Seperti negara EU lain, Perancis berharap dapat bekalan vaksin untuk mengatasi virus COVID-19 dan Perdana Menteri Jean Castex mengumumkan pada Rabu bahawa negaranya akan menerima sekitar 1.16 juta dos vaksin menjelang akhir tahun.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.