Presiden PAS Hadi Awang berdepan pertarungan 4 penjuru
Anggaran Waktu Membaca:
MARANG: Presiden PAS Abdul Hadi Awang yang mempertahankan kerusi Parlimen Marang (P037) akan berdepan tentangan calon Barisan Nasional (BN) yang diwakili Jasmira Othman, Azhar Ab Shukur (Pakatan Harapan) dan Dr Zarawi Sulong (Gerakan Tanah Air).
Pertandingan empat penjuru itu disahkan Pengurus Pilihan Raya Parlimen Marang, Lizan Che Mat pada 10.40 pagi selepas tempoh proses penamaan calon di Pejabat Daerah dan Tanah Marang itu ditutup pada 10.00 pagi.
Jelas Lizan, tiada pencalonan ditolak, sekali gus keempat-empat mereka disahkan bakal bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.
Encik Abdul Hadi sebelum itu mengemukakan borang pencalonannya di pusat penamaan calon tersebut pada jam 9.00 pagi bagi mempertahankan kerusi yang dimenanginya untuk tiga penggal sebelum ini.
Selain penyokong dan pencadang bagi pencalonannya, Encik Abdul Hadi turut ditemani Naib Presiden PAS yang juga Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.
Pada PRU14, Encik Abdul Hadi menang dengan majoriti 21,954 dalam pertembungan tiga penjuru melibatkan BN dan PH.
Walaupun dalam keadaan hujan renyai, ribuan penyokong PAS hadir memberi sokongan kepadanya, begitu juga penyokong BN, GTA dan PH yang menyokong calon masing-masing.

Sumber : Agensi berita/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.