Presiden Palestin sedia bekerjasama dengan Trump, perantara capai keamanan menyeluruh
Presiden Palestin Mahmoud Abbas menyatakan kesediaan Palestin untuk bekerjasama dengan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, pihak perantara serta rakan kongsi lain bagi mencapai keamanan yang adil dan menyeluruh, selaras dengan resolusi sah antarabangsa dan Inisiatif Keamanan Arab, lapor Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA).
Anggaran Waktu Membaca:
RAMALLAH: Presiden Palestin Mahmoud Abbas menyatakan kesediaan Palestin untuk bekerjasama dengan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, pihak perantara serta rakan kongsi lain bagi mencapai keamanan yang adil dan menyeluruh, selaras dengan resolusi sah antarabangsa dan Inisiatif Keamanan Arab, lapor Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA).
Dalam satu sidang media bersama Perdana Menteri Greece Kyriakos Mitsotakis di ibu pejabat presiden di Ramallah pada Isnin (22 Dis), Encik Abbas menekankan peranan penting yang boleh dimainkan oleh Greece dengan sokongan Kesatuan Eropah (EU) dalam memajukan keamanan serta kestabilan di rantau itu dan peringkat global.
Presiden itu turut menegaskan keperluan mendesak untuk menekan pemerintah Israel bagi menghentikan tindakan yang menggugat institusi-institusi nasional Palestin, serangan ke atas tapak-tapak suci Kristian dan Islam, serta penghakisan huraian dua negara melalui peluasan penempatan haram dan keganasan kaum pendatang.
Beliau juga menekankan kepentingan kritikal untuk melepaskan hasil cukai Palestin yang ditahan oleh pihak Israel.
Selain itu, Encik Abbas turut menggesa pelaksanaan segera pelan Presiden Trump dan Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) 2803 dengan menguatkuasakan gencatan senjata serta memastikan penyaluran segera bantuan kemanusiaan termasuk makanan, ubat-ubatan dan keperluan tempat perlindungan.
Beliau turut menuntut agar langkah menghalang pengusiran penduduk diambil, memastikan pengunduran segera tentera Israel dan membolehkan pemerintah Palestin serta agensi keselamatannya memikul tanggungjawab sepenuhnya, selain mempercepatkan usaha pembinaan semula.
Encik Abbas menyifatkan lawatan Encik Mitsotakis sebagai mencerminkan persahabatan bersejarah yang mendalam antara kedua-dua negara dan rakyat, berteraskan nilai bersama dalam rangka kerja hubungan kejiranan Mediterranean dan perkongsian EU.
Beliau turut menyatakan penghargaan kepada Greece atas pendiriannya yang menyokong hak rakyat Palestin di forum antarabangsa, komitmen teguh terhadap huraian dua negara, serta bantuan kemanusiaan yang disalurkan kepada penduduk di Gaza.

Sumber : Bernama/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.