Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Presiden Palestin gesa Israel sambung semula proses damai yang tertangguh tujuh tahun

Anggaran Waktu Membaca:
Presiden Palestin gesa Israel sambung semula proses damai yang tertangguh tujuh tahun

Presiden Palestin Mahmoud Abbas. (Gambar: AFP)

RAMALLAH: Presiden Palestin Mahmoud Abbas pada Selasa menggesa Israel melaksanakan perjanjian yang telah dimeterai dengan Palestin dan meneruskan proses damai Timur Tengah, yang sudah terhenti sejak tujuh tahun lalu, lapor Xinhua.

Presiden Abbas membuat kenyataan itu semasa pertemuan dengan Pemangku Penolong Setiausaha Biro Hal Ehwal Near Eastern Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Yael Lempert, di Ramallah Tebing Barat, memetik Agensi Berita WAFA.

Pada pertemuan itu Encik Abbas turut memberi taklimat mengenai perkembangan terkini di wilayah Palestin, terutamanya amalan sepihak Israel terhadap Palestin yang menjejaskan penyelesaian dua negara.

“Adalah perlu untuk menghentikan langkah Israel dan melaksanakan perjanjian yang ditandatangani antara kedua-dua pihak bagi memulakan proses politik sebenar berdasarkan pelaksanaan resolusi antarabangsa,” kata Presdien Abbas.

Pertemuan Encik Abbas dengan Lempert itu diadakan sehari sebelum pertemuannya dengan Penasihat Keselamatan Negara AS Jake Sullivan, yang tiba di Israel pada Selasa untuk membincangkan beberapa isu, termasuk proses damai tersebut.

Rundingan damai antara Israel dan Palestin terhenti pada akhir Mac 2014 disebabkan perbezaan pandangan mengenai isu penempatan Yahudi dan pengiktirafan negara Palestin berdasarkan sempadan 1967.

Sumber : Bernama/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan