Presiden Nigeria isytihar insiden 100 pelajar perempuan hilang satu "bencana negara"
Presiden Nigeria Muhammadu Buhari mengumumkan satu "bencana negara" selepas lebih 100 pelajar perempuan sebuah sekolah di timur laut negara itu hilang, dipercayai diculik oleh kumpulan militan Boko Haram.
Hassana Mohammed, 13 tahun, salah seorang pelajar yang melarikan diri semasa serangan di sekolahnya. (Gambar: AFP/Aminu Abubakar)
NIGERIA: Presiden Nigeria Muhammadu Buhari mengumumkan satu "bencana negara" selepas lebih 100 pelajar perempuan sebuah sekolah di timur laut negara itu hilang, dipercayai diculik oleh kumpulan militan Boko Haram.
Meskipun Presiden Buhari meminta maaf atas kejadian tersebut, kenyataan itu hanya dikeluarkan lima hari selepas serangan ke atas kampung Dapchi itu.
Kejadian kehilangan 105 pelajar perempuan sekolah asrama di kampung Dapchi itu dikhuatiri sama seperti penculikan lebih 200 pelajar perempuan di Chibok pada 2014.
Presiden Buhari bagaimanapun berikrar akan mengerahkan lebih banyak askar dan pesawat pemantau dengan harapan akan dapat menemukan semula semua mangsa yang hilang.
Kejadian terbaru itu menimbulkan persoalan tentang keupayaan Nigeria memastikan keselamatan di kawasan-kawasan pendalaman.
Kumpulan Boko Haram semakin menggunakan taktik ugutan dan menahan tebusan bagi membiayai kegiatannya.
Ramai mangsa yang diculik pada 2014, masih dijadikan tebusan kumpulan itu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.