Presiden Mexico diuji positif COVID-19 buat kali ketiga

Presiden Mexico Andres Lopez Obrador berdiri di Istana Negara dalam satu majlis di Mexico City, pada 20 Sep 2022. (Gambar: AP/Marco Ugarte)
Presiden Andrés Manuel López Obrado menyatakan bahawa "ia tidak serius" menerusi catatan di akaun media sosialnya.
Komen tersebut dibuat menyusuli beberapa laporan di media tempatan yang mendakwa bahawa Encik López Obrador berasa seperti hendak pitam pada pagi Ahad dan perlu membatalkan lawatannya. Ini dinafikan jurucakap presidennya.
Encik López Obrador, 69 tahun, yang sedia maklum bahawa beliau mempunyai sejarah masalah jantung, berkongsi bahawa beliau perlu mengasingkan diri untuk "beberapa hari" di Mexico City.
Encik López Obrador diuji positif COVID-19 pada awal 2021 dan kembali pulih setelah beliau menerima rawatan yang dianggapnya sebagai rawatan ujikaji. Pada Januari 2022, beliau mengumumkan bahawa beliau sekali lagi diuji positif COVID-19, di tengah-tengah lonjakan dalam jangkitan koronavirus di Mexico.
Presiden tersebut menarik perhatian bahawa sedang beliau mengasingkan diri, Setiausaha Dalaman Adán Augusto López akan mengisi tempatnya untuk sementara waktu bagi taklimat pagi harian presiden.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.