Skip to main content

Dunia

Presiden Mesir bertegas usaha hentikan pertumpahan darah di Gaza mesti jadi keutamaan semua pihak

Anggaran Waktu Membaca:
Presiden Mesir bertegas usaha hentikan pertumpahan darah di Gaza mesti jadi keutamaan semua pihak

(Gambar: Omar AL-QATTAA / AFP)

Diterbitkan : 21 Aug 2024 07:53AM Dikemas Kini : 21 Aug 2024 07:54AM
KAHERAH: Setiausaha Negara Amerika Syarikat Antony Blinken membincangkan rundingan gencatan senjata pusingan terkini di Gaza dengan Presiden Mesir Abdel-Fattah al-Sissi di bandar Al-Alamein, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Encik Blinken turut memaklumkan Presiden Abdel-Fattah al-Sissi mengenai hasil lawatannya ke Israel, sambil menekankan komitmen Amerika terhadap usaha mencapai keamanan dan memeterai perjanjian gencatan senjata di Carikan Gaza, menurut kenyataan Pejabat Presiden Mesir.

Encik Al-Sissi memberi amaran mengenai kemungkinan yang "sukar dibayangkan" jika konflik itu merebak ke seluruh Timur Tengah, dengan menyatakan bahawa usaha menghentikan pertumpahan darah mesti menjadi keutamaan semua pihak.

Presiden Mesir itu turut mengatakan bahawa gencatan senjata di Gaza sepatutnya menjadi permulaan kepada pengiktirafan masyarakat antarabangsa yang lebih luas terhadap negara Palestin serta pelaksanaan huraian dua negara, sambil menambah bahawa ia akan menjadi jaminan utama untuk kestabilan di rantau tersebut.

Encik Blinken berada di Israel pada Isnin (19 Ogos) dan dijangka menuju ke Qatar selepas mesyuaratnya di Mesir.
Sumber : Bernama/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita