Presiden Macron namakan PM Perancis ke-3 tahun ini
Anggaran Waktu Membaca:

Perdana Menteri Perancis Francois Bayrou. (Gambar: AP)
PARIS: Presiden Perancis Emmanuel Macron pada Jumaat (13 Dis) menamakan Perdana Menteri beliau yang ketiga tahun ini, sedang politik negara itu terus bergolak.
Pelbagai cabaran dijangka menanti Perdana Menteri Francois Bayrou sejurus pelantikannya.
Beliau antara lain bertanggungjawab menghuraikan krisis politik besar kedua yang melanda negara itu, dalam tempoh enam bulan yang lalu.
Keutamaannya kini adalah memastikan satu kesepakatan dapat dicapai mengenai belanjawan Perancis untuk tahun hadapan.
Untuk itu, beliau perlu berusaha meraih sokongan daripada anggota Parlimen yang berhaluan kanan dan kiri.
Encik Bayrou, 73 tahun, akan mendedahkan barisan kabinetnya dalam beberapa hari akan datang.
Namun, beliau dijangka berdepan cabaran yang sama seperti yang dihadapi oleh mantan Perdana Menteri Michel Barnier, dalam mengendalikan perundangan dengan Parlimen yang berpecah-belah, yang terdiri daripada tiga blok yang berbalah antara satu sama lain.

Sumber : AGENCIES/FZ/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.