Skip to main content

Dunia

Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol lakukan lawatan ke SG dari 7 hingga 9 Okt

Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol akan melakukan lawatan ke Singapura pada minggu depan, di mana beliau akan bertemu dengan para pemimpin negara dan membincangkan cara untuk mempertingkatkan hubungan dua hala antara kedua-dua negara.

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol akan melakukan lawatan ke Singapura pada minggu depan, di mana beliau akan bertemu dengan para pemimpin negara dan membincangkan cara untuk mempertingkatkan hubungan dua hala antara kedua-dua negara.

Demikian menurut seorang jurucakap Kementerian Ehwal Luar (MFA) hari ini (3 Okt).

Lawatannya ke Singapura dari 7 hingga 9 Oktober itu diadakan sedang kedua-dua negara dijangka menyambut ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik pada tahun depan.

Encik Yoon akan berada di Singapura atas undangan Presiden Tharman Shanmugaratnam.

Menurut agensi berita Yonhap, Encik Yoon akan melawat Filipina sebelum ke Singapura.

Beliau juga akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Lawrence Wong dan menyampaikan kenyataan mengenai visi penyatuan Seoul.

Beliau kemudian akan ke Laos untuk menghadiri sidang puncak ASEAN.
Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita